SIRI SYARAHAN CENPRIS - DATO' JENATON

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya sukacita saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Untuk makluman Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) dengan kerjasama Keluarga Dato' Jenaton, Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARISAN) dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) akan mengadakan program sebagaimana maklumat tersebut di bawah:-

Tarikh: 26 April 2018 (Khamis)
Masa: 3.00petang - 4.30petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS),
Universiti Sains Malaysia
Penceramah: Encik Zakaria Basheer bin Ahmad Basheer
Tajuk: Sheikh Omar Basheer Al-Khalidy (1811 - 1884)

Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke program tersebut di atas. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat berhubung program yang dimaksudkan.
Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA DR. AZEEM FAZWAN AHMAD FAROUK
PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN DASAR DAN KAJIAN ANTARABANGSA (CenPRIS) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

26042018

 

Print

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com

Contact Us

Centre for Policy Research and International Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604-653 3389
Fax : +604-658 4820
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

like