GEORGETOWN, 17 Mac 2023 - Buat julung kalinya PDRM Kontinjen Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Malam Apresiasi PDRM Pulau Pinang Tahun 2022 yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di G Hotel Gurney Pulau Pinang dan disempurnakan oleh YDH CP Dato' Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang.